Selasa, 16 Januari 2018

Chapter 2




      "Hye Rafela kalau akulah kan jadi kau aku akan terima Haikal tu dalam hidup aku? Sebab dia tu  handsome , kaya , caring pula tu " kata Laila sambil tersenyum sumbing pada Rafela dia pun tidak menyangkah dalam diam Haikal menyimpan perasaan untuk Rafela .




 "Kaya? Kau ingat aku pandang sangat harta karun tu?ingat aku mata materealistik?kau agak-agaklah lagi pun dia tu kawan kita tahu,takkan aku nak kahwin dengan dia laila?  ". Tegas Rafela Aulia.



"Harta karun ye hahaha.. ,sempat buat lawak kan ,Ala aku gurau aje lah tapi boleh apa kahwin dengan member sendiri .". Laila.



"Aku tak bolehlah Laila ,aku dah anggap haikal tu macam saudara aku sendiri kau tahu kan?".Rafela Aulia.


  
"Ye aku tahu . Tapi bukan dia ajak kau kahwin terus kan,ala couple-couple lah ". Laila . 

 
"Hey aku tak mainlah couple-couple cinta monyet semua ni ,lainlah kau playerrr !". Rafela Aulia .


"Amboi-amboi sedapnya mulut mengata aku,aku cili kang mulut kau tu ,baru kau tahu pedas ke tak .". Laila.



"Tahu pun marah , hey japlah kau tunggu sini ,aku nak belikan kak long novel depan tu je ,layan cerita kau ni sampai esok tak kan pernah nak habis .. ..Jap tahu ". Kata Rafela Aulia sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah kedai tersebut . Yang berhadapan dengan Restoran yang mereka sedang lepak sekarang .
     


"Cerita aku ? Bukan ni cerita dia ke ? Mengada-mengada cakap cerita ni cerita aku". Jawab Laila pula kebingungan sambil geleng kepala .


 


       Sebelum keluar dari rumah pagi tadi . kak long Shamilah sempat meninggalkan pesan yang dia teringin sangat nak baca novel yang bertajuk Imam mudaku romantik dan Suamiku paling sweeth biasalah novel itu kan tengah gempak sekarang sebab itulah dia nak baca best katanya .


          Rafela melangkah masuk ke dalam kedai tersebut , secara automatik langkahnya terhenti buat seketika , Rafela merenung tajam lelaki di hadapannya itu .



"Tumpang lalu ? Encik? Saya nak masuk " Rafela Aulia bersuara.  



" Taniya ? ". Soal lelaki yang berkaca mata hitam itu .


"Ta..niya? " .. Soal seorang wanita yang dia sendiri pun tidak tahu dari mana munculnya .


"Saya ke?" . Rafela terperanjat sambil menoleh kiri kanan, pelik dengan soalan dua insan yang tidak dikenalinya itu .


" Saya Rafela Aulia bukan taniya ". Terang Rafela . Reaksi lelaki dan wanita tinggi lampai itu membuat Rafela terkejut dan tertanya-tanya Kenapa mereka memanggilnya dengan nama Taniya ? . Lelaki dan wanita itu pun kelihatan turut sama terkejut bila melihat wajah miliknya macam baru tengok hantu bangkit dari kubur, Seram gila! .


"Ouhhh . . I' am sorry . . . Mung . . Mungkin kita berdua silap orang kan jaz ? ". Kata wanita itu tersekat-sekat .


"Memang silap pun , perkenalkan saya Rafela Aulia bukan Taniya ."Tegas Rafela Aulia sekali lagi membetulkan kesalahfahaman yang berlaku di antara mereka bertiga.Setelah mendengar penerangan Rafela tentang dirinya , dua insan yang tidak dikenalinya itu pun pergi tanpa sempat memperkenalkan diri mereka kepada Rafela yang berdiri tegak tepat-tepat depan pintu Stonebook itu .


"Excuse me ?". Tanpa sedar Rafela terjatuh dalam pangkuan seorang lelaki yang bersuara tadi . Mata bertentangan mata , lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah Laila datang menyapa Rafela dengan pemuda kacak berkaca mata hitam itu .


" Ahem-ahemm " kedebooookk. .. . Rafela terjatuh dari pangkuan pemuda kacak itu, tanpa perkataan maaf pemuda itu pun berlalu pergi meninggalkan Rafela yang sedang terduduk menahan kesakitan dek perbuatan si pemuda itu .



"Aduhhh!!Biadapnya ! Hey ! Kau nak gi mana tu?? Haa... aduhh sakitnya buntut aku.". Keluar perkataan kasar dari mulut Rafela . Rafela Aulia dengan muka merah padam menahan kesakitan.



"Kau okey ke tak ni?, fuhyooo...biadapnya mamat tu Fe ,iss kalau aku dah lama aku terajang habis mamat tu !". Kata Laila pula kesal dengan adegan sebentar tadi .



"Kau jangan nak buang tabiat! Member jatuh bukannya nak tolong ". Balas Rafela sambil menghulurkan tangannya kepada Laila . Laila hanya menyambut huluran tangan itu. 



"Aku tolong lah ni , tolong kau sumpah serana tu mamat! Hah !  ".Omel Laila sambil menyambut huluran tangan Rafela .



"So much rude ! Biadapnya ! ".Tambah Rafela pula tidak berpuas hati dengan kejadian sebentar tadi.



"Penampilan berkelas tapi perangai no kelas !". Marah Laila juga tidak berpuas hati dengan mamat berkaca mata hitam itu .












"Sedalam apa pun air di lautan ,
Seindah apa pun kenangan yang silam ,
usah kau kenang jika ia menyakitkan ,
Jadikan ia sebagai pedoman kehidupan bukan harapan  .
Agar hidup tidak di hantui bayang-bayang 
kesilapan ".


          Puisi yang baru sahaja menghiasi ruang pejabat Hijjaz mengingatkan kembali memori Hijjaz terhadap Taniya arwah tunangnya . Di tambah lagi dengan kehadiran wanita yang bernama Rafela Aulia yang mirip dengan bekas tunangnya yang telah meninggal dunia setahun yang lalu , disebabkan oleh kemalangan kapal terbang sewaktu hendak pulang ke Malaysia untuk melangsungkan pernikahan mereka .



" Jaz , I tahu perasaan you sekarang , you anggap je apa yang kita nampak tadi , just on your dreams ok , please jangan siksa diri you macam ni . ?" Pinta Zana kepada Hijjaz yang sejak dari tadi memerhatinya dari luar pejabat , dia tahu Hijjaz sedang berperang dengan perasaannya sendiri sebab itulah dia terus masuk tanpa mengetuk pintu .


"Zana , can you helps me ? " . Soal Hijjaz penuh harapan .


"Tolong apa ? " . Soal Zana pula tersenyum.


"Leave me alone ! Dah tak ada hadap ke masuk bilik orang tak ketul pintu? " . Jawab Hijjaz kasar dia pantang kalau ada orang masuk pejabat tanpa ketuk pintu . Tiada etika langsung !.


"Iss... kau halau aku jaz . tak apa , kau tunggu dan tengok jelah nanti , sekarang kau buang aku macam sampah ! one of the days ,aku akan pastikan kau akan pungut aku macam permata ! I will make sure that !". Kata Zana bermonolog dalam hati sambil melangkah keluar dari pejabat Hijjaz, tidak puas hati di perlakukan sedemikian rupa oleh Hijjaz . Zana mempunyai banyak muslihat yang tersendiri , berlakon depan Hijjaz merupakan salah satu muslihatnya .
Depan Hijjaz ber'you' ber'I' , tapi belakang bagaikan syaitan bertopengkan manusia .








   

 " Kau tak apa-apa ke ? Kau kenal tak dengan mamat tu ?". Soal Laila pada Rafela kesihan pula dia dengan kawannya tu .




"Jangan risau aku okey , aku tak pernah ada kenalan yang biadap macam tu kecuali kau ! ."Balas Rafela sambil menjeling kepada Laila.


"Ehh aku pula di salahkan ,kau pun Sama aje kan?eh tapi kan 
 Fe cara mamat tu pandang kau macam ada something je ,walau pun mamat  tu guna kaca mata aku dapat rasa kan yang mamat tu ada feeling kat kau , jangan-jangan mamat tu jatuh cinta pandangan pertama dekat kau kut fe ? Apa macam ? Ada feeling ? .Sangkat Laila ingin melihat reaksi sahabatnya itu.



"Feeling kepala otak kau kalau dia jatuh cinta dekat aku mungkinlah kut, tapi kalau akulah feeling pun sorry,aku tak ada langsung ! Feeling buntut aku sakit adalah ! ". Tegas Rafela Aulia.



"Ehhh. . . Tak romantiklah kau ni , meluat aku, perasaan je lebih ! ". Buat muka nak muntah bukan dia tak tahu sikap Rafela memang tak romantik langsung ! Siapalah lelaki malang yang bakal menjadi suami sahabatnya itu kelak .



" isss.. kau ni banyaklah kau punya romantik , dah jomlah kita balik nanti kak long bising sebab novel dia ni tak sampai-sampai." Walau pun kaki dan buntutnya kurang istabil di sebabkan kejadian sebentar tadi dia tetap ingat tentang novel pesanan kak long Shamilahnya . Mereka berdua beredar dari Restoran sate selepas menghabiskan minuman dan sate yang terhidang rapi di atas meja makan itu .

       

    Rafela Aulia melangkah masuk secara perlahan-lahan ke dalam rumahnya bukan kerana takut tapi kerana kakinya yang agak terseliuh di sebabkan kejadian yang berlaku di depan kedai buku itu.




"Aihhh ... adik dah kenapa kaki tu berjalan macam siput ". Kata Shamilah.



"Ahhhh ...ni adik terjatuh time nak parking kereta tak sedar pula ada kayu yang halang langkah adik. " jawabnya sambil menunjukkan muka sepuluh sen.



"Ah ?? Jatuh ! Tulah lain kali kalau jalan tengok kiri kanan , bawah depan
Dah jom pi Klinik ". Shamilah menawarkan adiknya agar ke Klinik , takut-takut sakitnya melarat , tapi Rafela menolak dengan alasan kakinya tidak seteruk apa yang kak longnya fikirkan.Rafela tidak ingin menyusahkan Shamilah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Chapter 3

Setahun kemudian . Semester akhir Rafela Aulia telah pun berakhir dengan jayanya dan kini dia berkerja di sebuah Syarikat ternama ...