Selasa, 16 Januari 2018

Chapter 1




"Kata orang cinta itu indah . Tetapi kenapa ramai orang yang terluka ?. Pelik bin ajaib ! . " Rafela Aulia bermonolog sendiri di taman belakang rumahnya , biasalah petang-petang macam nie tempat tu jugalah menjadi pilihan hatinya.Walaupun kedengaran seperti keanak-anakan baginya itu lebih baik daripada berlepak sini sana buat penat kaki saja .Tanpa disedari Haikal Helmi dengan tiba-tiba muncul di hadapan Rafela Aulia dan mengisih ruang tempat di mana Rafela duduk sekarang kerana kerusi itu memuatkan tiga orang penumpang untuk di duduki dan Haikal Helmi memilih tempat paling hujung agar jarak antara mereka tidak terlalu dekat .



"Awak buat apa dekat sini ? ". Soal Rafela Aulia.Pelik bukankah hari ini Haikal nak luahkan perasaan cintanya dekat Kekasihnya? Apa yang terjadi ? Adakah cintanya ditolak atau sebaliknya ? Kalau sebaliknya kenapa muka sahabatnya itu pucat . Macam tak makan sebulan pun ada juga, takde warna langsung ! ataukah cintanya bertepuk sebelah tangan ?entahlah dia sendiri pun tidak tahu kenapa kata Rafela dalam hati.


"Fe sebenarnya saya...sa..ya ".Mulut bagai terkunci tidak tahu apa yang hendak dikatakan pada Rafela ketika itu tentang perasaan cinta yang sekian lama tersimpan elok di hatinya ,bukan kerana tiada peluang untuk mengungkapkannya tetapi kerana dia takut cintanya di tolak mentah-mentah oleh Rafela Aulia.
Sebab Rafela bukan macam perempuan lain , dia lain daripada lain sangat istimewa dan teliti orangnya jika ingin membuat satu keputusan . Baginya cinta itu sukar untuk diselami apalagi dialami dan Rafela juga pernah berkata kepadanya dia tak teringin terlibat langsung dengan cinta kalau nak kahwin pun biarlah baba dan umi yang pilihkan untuk dia .Walaupun kedengarannya agak ketinggalan zaman , bagi Rafela dia tak kisah dengan semua tu .



"Hello !! Haikal awak nie dah kenapa ? Ok tak nie ?" Rafela mula bimbang dengan kelakuan sahabatnya itu sangat berbeza dari hari yang biasanya.


"Fe...saya cintakan awak sangat-sangat awak cakap je apa yang awak nak saya akan tunaikan yang penting awak terima saya dalam hidup awak . "Lega rasa hatinya dapat meluahkan perasaan cintanya kepada Rafela . Wanita yang dicintainya sejak dua tahun yang lalu.



     Haikal mundar-mandir di biliknya dia tidak menyangkah ternyata dugaannya selama ini adalah benar, Rafela akan bersikap sedemikian rupa dan pendirian wanita itu sukar untuk diubah . Dan kini , dia dah tekad hendak sambung pelajarannya di luar negara dan berusaha untuk melupakan Refela buat selama-lamanya . Jika itu menjadi keputusan Rafela dia pasrah yang penting Rafela bahagia dengan hidupnya .



Sebulan kemudian ....






"Tak , saya tak cintakan awak . Awak tanya apa yang saya nakkan? Saya nak awak lupakan saya!".Tersentak Rafela dari lamunannya tatkalah mendengar pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar."Kejaplah! ". Sahut Rafela Aulia.



"Surprise !! .. " Shamilah muncul di muka pintu ingin berjumpa dengan adiknya kesayangannya sekaligus mengubati kerinduan yang telah lama terpendam terhadap adiknya yang comel loteh itu.


"Kak long !!! ..... Bila along sampai ? Kenapa tak bagitahu adik nak balik Malaysia?Terkejut adik tau..iiisss rindunya adik dekat along..." Rafela Aulia menjerit keriangan sambil memeluk Shamilah dengan erat lama tak berjumpa dengan akak kesayangannya itu. Sekarang Rafela Aulia dah berumur 22 tahun manakalah Shamilah pula sudah menjejak umur 25 tahun . Tiga tahun mereka berpisah itu bermakna sejak Rafela berumur 19 tahun Shamilah dah terbang keluar negara . Meski pun sekarang dah zaman moden teknologi semua dah canggih ada facebook , Twitter , Whatsaap , instagram dan sebagainya . Bagi Shamilah itu masih tidak mencukupi untuk dijadikan pelepas rindu pada keluarga .



"Baru je adik . Kalau along bagitahu along nak balik , tu bukan surprise namanya Rafela Aulia , sini nak peluk, rindu ! ". Kata Shamilah rindu dengan adik bongsunya kesayangannya itu .



"Ehh , mengadanya kak long ni ". Kata Rafela Aulia sambil membalas pelukan dari Shamilah .

      
       Usai menunaikan sholat fardu Isyak mereka sekeluarga berkumpul di satu meja panjang yang di penuhi dengan lauk pauk kegemaran Rafela dan Shamilah . Hidangan malam itu juga dibuat khas untuk menyambut kepulangan Shamilah ke tanah air khususnya ke rumah . bak kata pepatah air di cincang takkan putus begitu juga dengan Shamilah walau pun lama meninggalkan keluarga itu tidak bermaksud dia akan lupa dengan keluarga . Tidak sekali-kali kerana keluarga adalah segala-galanya .


"Wah ... sedaapnya ketam nie umi lama tak makan ...." . Puji Shamilah .


"Aihh .. kak long sedap sebab lama tak makan ke sedap sebab ketam nie sedap ?" Sampok Rafela dengan diiringi senyum tawa dibibir .



"Dua-dua sekali sebabnya apa adik nak tahu ?" . Soal Shamilah .


"Sebab ? " Soalnya balik .


"Sebab yang pertama it's simple rindu , sebab kedua ial...ahh.." Belum sempat Shamilah menghabiskan ayatnya Rafela terlebih dahulu menyampok .



"Your's fovourite , right ? "Jawab Rafela sambil menyuapkan ketam ke dalam mulutnya bersama-sama nasi berulamkan sayur-sayuran yang dipenuhi sambal balacan fovouritenya itu .


"Good girl !" Jawab Shamilah pula sambil ketawa dengan gelagat Rafela yang tak pernah nak berubah dari dulu sampailah sekarang , asyik nak menang aje,senyum Shamilah bahagia .



"Shamila , Rafela makan cepat jangan banyak cakap depan rezeki nie tak elok nak " . Tegur umi kepada kedua puterinya itu dari dulu sampai sekarang perangai tak pernah berubah umur sahaja yang meningkat .



"Baik umi!". Perkataan , masa yang diambil adalah sama . Meraka saling berpandangan lalu tersenyum bersama-sama .
Umi hanya menggelingkan kepala manakalah baba mereka pula hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua . Keluarga kecil mereka terasa sempurna dengan kehadiran Shamilah semula ke rumah banglo sederhana besar berwarna coklat gelap itu .



     Rumah banglo itu dihiasi dengan aneka jenis bunga seperti bunga teratai , bunga matahari , bunga ros dan sebagainya . Di samping rumah mereka pula terdapat kebun kecil di mana tanaman kecil seperti serai,kunyit dan lada di serta pelbagai jenis tanaman kecil lagi yang di tanam oleh Puan Suria iaitu umi kepada Rafela dan Shamilah.Manakalah di dihadapan rumah pula terdapat kolam ikan yang mempunyai pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni dan indah . Terkadang sebab itu jugalah saudaramara sebelah baba atau umi sering berkunjung ke rumah mereka . Kadangkalah saudaramara sebelah umi sering datang bertandang dan bermalam di rumah mereka memandangkan rumah mereka mempunyai tiga bilik kosong . Dua bilik ada di tingkat bawah dan satu bilik lagi di tingkat atas berhadapan dengan bilik Rafela . Lagi pula mereka hanya berempat tinggal di dalam rumah banglo sederhana besar itu . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Chapter 3

Setahun kemudian . Semester akhir Rafela Aulia telah pun berakhir dengan jayanya dan kini dia berkerja di sebuah Syarikat ternama ...