Rabu, 24 Januari 2018

Chapter 4


"Engku ! , engku ! kejap !" . Laungan demi laungan membuat Tengku Razfarhan terkejut dan menoleh kebelakang .


"Ya, saya ". Jawab Tengku Razfarhan .


" Engku Razfarhan kan ?". Soal wanita cantik berpakaian kot hitam skrit paras lutut .


"Ya,saya kenapa ? " .Jawab Tengku Razfarhan .


"Takkan dah tak kenal i dah kut ?" .soal wanita itu .


" Do I know you ? " Soal Tengku Razfarhan .


" I Zana Liana lah , ingat tak ?" . Kata Zana memperkenalkan dirinya yang telah lama di lupakan.


"Zana ?Ooo... Zana, how are you ? " . Soal Tengku Razfarhan bertanya khabar .


" Sihat , I sihat , you ni makin kacaklah i tengok ". Kata Zana , memuji kekacakan wajah Tengku Razfarhan.


"Biasa je , okeylah Zana i ada meeting kejap lagi ni , nice too meet you here bye ". Tengku Razfarhan tidak ingin berlama-lama dengan Zana Liana atau lebih di kenali dengan nama Zana . Entah kenapa dia tidak selesa bila berdekatan dengan Zana .


"Bye,hope to meet you again ". Kata Zana tersenyum apabila Tengku Razfarhan melambaikan tangan ke arahnya . Tengku Razfarhan merupakan lelaki pilihan hatinya sebelum dia mengenali Hijjaz . Dulu dia ingin memiliki hati Tengku Razfarhan tapi tidak berhasil kerana Tengku Razfarhan lebih berminat untuk belajar daripada bercinta, biasalah dah memang pangkat Tengku , jual mahal sikit . Kata Zana dalam hati .





      Tepat pada pukul 7 :00 pagi ,Rafela Aulia dan Laila bersarapan ringkas pagi itu, Sandwich dan masing-masing dengan minuman sendiri . Yang satu nescafe panas dan yang satu pula oren jus .

"Oh ya fe aku baru ingat ,pasal mamat tampan berkaca mata hitam tu kelmarin". Laila menyambung pembicaraan mereka yang terstalk ketika di Restoran Mehhra Rossa kelmarin , namun ayat Laila tergantung apabila sandwich meleket sedikit di gigi putihnya .

"Ya ?". Balas Refela Aulia setia menunggu ayat Laila yang seterusnya.


"Kau ingat tak peristiwa yang berlaku di depan stonebook dulu ? Ala yang kau terjatuh ? Buntut kau sakit tu?" . Kata Laila mengingatkan Rafela tentang peristiwa yang membuat Rafela Aulia terhinjut-hinjut pulang ke rumah .

"Ohh lelaki kurang ajar tu ke ? Gila tak ingat ,dah lah buntut aku sakit , kaki terseliuh pula tu, terpaksa pula tipu kak long yang kaki aku sakit tersandung kayulah bagai". Rafela Aulia.



"Tulah hahaha . . . ".Laila ketawa apabila teringat peristiwa setahun yang lalu .


"Ehh , tapi apa kena mengena pula dengan mamat kelmarin nie ? ". Soal Rafela Aulia  pelik .


"Kau tak perasaan ke ? mamat kelmarin dan lelaki handsome tu adalah orang yang sama ".  Kata Laila .


" Yeke ? Jap nak throwback dulu ..". Kata Rafela Aulia .



"Nak throwback apa bendanya Rafela oii , kau ingat kita ni tengah pos gambar kat facebook ? And then letak captions throwback ke ?". Kata Laila geram sangat dengan Rafela si muka throwback !




"Ehh ! Bisinglah kau ni , bagilah aku ingat dulu boleh  ? tiada kerja lain, membeee...bel  je kerja dia ." . Kata Rafela pula turut membebel.




"Macam mana aku tak membebel , otak kau tu lambat sangat loading,setahun ni kau makan apa Rafela Aulia sampaikan otak kau tu boleh beku ? Kau simpan dalam peti Ais eik ? ". Sambung Laila dengan lawak bodohnya yang tak berapa nak lawak itu .




"Ehh... baguslah kalau lambat loading , daripada tak loading langsung ? Hah macam mana tu ?". Balas Rafela Aulia malas nak layan Laila .




"Macam biasa ! Malas nak layan kau ". Akhirnya Laila mengalah , Kalau nak tunggu result siapa menang dan siapa kalah , esok pun belum tentu si mulut murai tu mengalah .





"Haah! Aku dah ingat . Dia tulah lelaki yang buat buntut aku sakit dulu kan ". Kata Rafela Aulia sambil menggeling-gelingkan kepalanya .




"Aku dah cakap , otak kau tu macam siput ,lembab !".Balas Laila .




"Kau ni , suka sangat membebel tau !". Balas Rafela Aulia pula merajuk .



"Merajuk ,merajuk , makin besar makin mengada-ada tau  ". Laila .


"Biarlah ". Rafela Aulia .


"Merajuklah! ". Laila.


"Tak !". Rafela Aulia .



"Elleh ! Manja betul !". Laila.


"Taklah , dah lah jom gerak, kalau layan kau ni sampai esok lusa pun cerita tak akan habis ". Kata Rafela Aulia .


"Ele... cakap orang konon , mulut dia lagi power like a burung murai ! Ehh Kejaplah fela! , minum jap , hem sedapnya jom". Laila menarik handbag yang berada di sebelah kerusinya dengan pantas .


"Dah dah dah dah dah membebel tu ....Sedap-sedap,cepatlah ! " . Rafela Aulia menarik tangan Laila agar langkah kaki Laila lebih laju .




      Setelah Rafela Aulia memantau Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd di Melaka , Rafela terus memaklumkan hal tersebut kepada Dato' Jazzali yang kini berada di Selangor melalui telefon bimbitnya. Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd yang bercawangan di Negeri Selangor merupakan pusat terbesar bagi Syarikat tersebut .Untuk sementara waktu Rafela Aulia di arahkan untuk mengendalikan Syarikat Bina Holdings di Melaka . Sepatutnya dua hari sahaja tempoh lawatannya ke Melaka tetapi semalam tiba-tiba dapat panggilan daripada setiausaha Dato Jazzali iaitu Norhazlina untuk menambahkan lagi tempoh lawatannya . Pelik juga , tapi di abaikannya aje. Malas fikir panjang . 



"Huhh letihnya ". Kata Rafela pada diri sendiri ketika hendak menjamu selera di Restoran Aneka Selera yang berdekatan dengan pejabatnya di Melaka .


"Naa ..." kata seseorang dari belakang Rafela Aulia .


"Apa ni? ". Soal Rafela Aulia.

" Air ".kata orang itu bersembunyi di belakang Rafela Aulia .

"Tak apa saya dah order air tadi". Balas Rafela Aulia malas .


"Sombongnya you ni ". Kata orang itu sambil mengambil tempat di hadapan Rafela Aulia .


"Awak ? hijjaz kan ?ohh maaf tuan Hijjaz".Tanya Rafela Aulia terkejut dengan kehadiran Hijjaz di situ .

"Tuan ? Muka i nampak tua ke ? ". Soal Hijjaz.

"Ehhh... tak , bukan tu maksud saya, maksud saya tuankan anak bos i , so i kena hormatlah " . Kata Rafela Aulia gelik hati .


"Kalau iya pun nak hormat tengoklah muka dulu , orang handsome macam ni kenalah panggil abang ke apa ke kan ?". Balas Hijjaz sambil tersenyum manis pada Rafela Aulia yang sememangnya mempunyai raut wajah yang cantik , sangat jelita di pandangan matanya .


"Ok kalau macam tu i panggil enciklah kan ?".kata Rafela Aulia membalas senyuman Hijjaz yang sememangnya menawan sambil memuji kekacakkan lelaki itu di dalam hati . Dia sedia maklum dengan perwatakan Hijjaz yang sememangnya menjadi rebutan staf-staf Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd di Selangor. Walau pun Hijjaz telah lama tidak berkhidmat di Syarikat Bina Holdings iaitu Syarikat papanya sendiri namun , nama jejaka itu selalu menjadi bualan ramai di pejabat . Biasa peminat ramai katakan . Hairan juga dengan perangai Hijjaz ni terkadang baik , terkadang kasar macam singa pun ada juga.


"Encik ? Formal sangat just call me Hijjaz je lah ok ? ". Jawab Hijjaz .


"Hijjaz ? ". Balas Rafela Aulia pula .


"Ya ". Kata Hijjaz sepatah di soal, sepatah juga dia jawab .


"Ook, boleh ". Kata Rafela Aulia sambil menikmati air oren yang baharu saja sampai .


"Ook, i call you Aulia boleh tak ?". Tanya Hijjaz .


"Aulia ? Kenapa tak panggil fe je ?" Soal Rafela Aulia pelik .


"Sebab i suka you ,no! i mean ,i like your name. Why? Can not ke?" .Jawab Hijjaz tersalah kata .


"Tak,bukan tak boleh, just ganjal sikit ".Balas Rafela Aulia.


"Ganjal ? ,i rasa ok je ". Hijjaz .


"Yela ,pelik je , firstime orang panggil saya dengan nama Aulia ".Jelas Rafela Aulia.


"Tapi bolehkan i panggil you Aulia".Tanya Hijjaz sekali lagi .


"Boleh ,boleh panggil je tak ada masalah ". Balas Rafela Aulia sambil tersenyum .

"Ok nak pergi mana lepas nie?". Soal Hijjaz.


"Nak pergi pejabatlah nak pergi mana pula". Balas Rafela Aulia pula.


"Sorry Lia i ganggu lunch you " . Hijjaz rasa bersalah sebab mengganggu waktu rehat Rafela Aulia .


"Tadi panggil saya Aulia , sekarang Lia pula? ". Kata Rafela Aulia sambil menaikkan kening tebal miliknya .



"Saja". Balas Hijjaz sepatah .


"Hah? Saja? Hmm ....ok ". Balas Rafela Aulia pelik . 



"I want to ask you something?". Soal Hijjaz mengalihkan pembicaraan mereka .



"Do you have a boyfriend ? Jangan salah faham i just want to know je ". Kata Hijjaz .


"Boyfriend?emmm tak ada kenapa? ".Soal Rafela Aulia.


"Tak ada apa , saja tanya, takut nanti ada orang datang serang i ke apa kan?". Kata Hijjaz .


"Tak minat, lagi pun siapalah yang suka dekat saya ni kan?". Kata Rafela Aulia renda diri.


"Perempuan cantik macam you still single? Seriuslah ? ". Kata Hijjaz tersasul.


"What do you means ?". Soal Rafela Aulia. Dia perli aku ke apa ? Kata Rafela dalam hati .



"Sorry,i tak ada niat nak....". Tidak sempat Hijjaz meneruskan kata-katanya Rafela Aulia terlebih dahulu memotong pembicaraannya .


"Tak apa , i faham ,its ok ". Potong Rafela Aulia . Rafela Aulia tiba-tiba teringatkan seseorang . Haikal Helmi ,nama itu sudah cukup sebati dalam otaknya . Rafela Aulia ingin meminta maaf atas apa yang berlaku antara mereka berdua . 


"Aulia? Lia ?" . Hijjaz melambaikan tangannya apabila Rafela tidak mendengar laungannya .


"Hah? maaf ? Ya kenapa ?" . Rafela Aulia.


"Termenung jauh nampak ?kenapa ni teringat buah hati ke ?". Hijjaz sengaja mengajukan soalan itu pada Rafela Aulia.


"Sorry , taklah,mana ada ". Jawab Rafela Aulia .


"Apa yang tak ada ?". Soal Hijjaz lagi, tidak puas hati dengan jawapan yang di berikan Shaqilah padanya.


"Tak ada apalah ,oklah jaz i ada appointment dengan klien pukul 2 petang  ni , i gerak dululah assalamualaikum ". Rafela Aulia terus berjalan menuju ke tempat letak kereta Vios putih miliknya,hon di bunyikan setelah keretanya meluncur keluar dari kawasan Restoran Aneka Selera itu . Hijjaz hanya memerhati kereta Rafela Aulia yang semakin lama semakin hilang di pandangan mata . 









"Maaf Engku, encik Haziq tak dapat datang hari ni sebab ada hal mustahak katanya ". Kata Aini pada Tengku Razfarhan .


"So ?". Soal Tengku Razfarhan .


"Ada appointment pukul 2 petang ni sepatutnya Haziq yang kena pergi tapi memandangkan encik Haziq tak datang , so Tan Sri suruh engku pergi menggantikan tempat Haziq untuk berjumpa dengan klien dari Syarikat Bina Holdings". Jelas Aini yang merupakan Setiausaha Tengku Razfarhan .


"Tan Sri ada?". Soal Tengku Razfarhan.


"Ada". Jawab Aini . Tengku Razfarhan pun mengetuk pintu bilik pejabat Tan Sri Muzaffar Syah dari luar .Namun, tiada arahan atau tanda-tanda yang mengizinkan beliau masuk ke dalam ..


"Tan Sri , Tan Sri ". Tengku Razfarhan membuka pintu bilik Tengku Muzaffar Syah dengan perlahan-lahan . " Daddyyy !!!.. aini ! aini ! .. aini cepat !, please call ambulans now !". Arah Tengku Razfarhan sambil berusaha mencuba untuk membawa Tengku Muzaffar Syah ke Hospital Cenderawasi . Kebimbingan Tengku Razfarhan semakin menebal apabila Doktor Amirah mengatakan bahawa Tengku Muzaffar Syah terkena serangan jantung ,jika hal demikian berlarutan kemungkinan besar nyawa Tengku Muzaffar Syah akan terancam .








"Daddy ,daddy far tahu, daddy sayangkan Syarikat,tapi enough daddy ,daddy kena jaga kesihatan,kalau daddy tak jaga kesihatan,macam mana daddy nak jaga Syarikat ". Kata Tengku Razfarhan sedih dengan keadaan daddynya . Tidak mungkin jika dia menghubungi bondanya iaitu Puan Sri Kirana , kerana bondanya berada di Mekah sekarang untuk menunaikan rukun islam yang kelima . Kesibukan Tengku Muzaffar Syah menguruskan Syarikat Maju Jaya Holdings Sdn Bhd . Membuatkan beliau tidak turut serta untuk menunaikan haji .


"Far kan ada". Ucap Tengku Muzaffar Syah lemah .


"Daddy tak baik cakap macam tu , dalam keadaan daddy yang macam ni, daddy seharusnya menjaga kesihatan , bukan menguruskan Syarikat .Ok far setuju dengan perlatikan CEO Syarikat ,Far akan jaga Syarikat seperti mana daddy dan bonda hendakkan Syarikat tapi please take care good of yourself". Kata Tengku Razfarhan jujur .





     Dua bulan yang lalu ....

Tengku Muzaffar Syah memaksa Tengku Razfarhan untuk mengambil ahli Syarikat Maju Jaya Holdings Sdn Bhd kerana Tengku Muzaffar Syah tidak ingin Tengku Malik mengambil ahli tempatnya . Tengku Malik ialah adik kepada Tengku Muzaffar Syah . Wasiat Ayanda Dato' Tengku Muzarif Syah mengatakan bahawa Syarikat akan di berikan kepada Tengku Muzaffar Syah iaitu anak sulung daripada keluarga itu , jika Tengku Muzaffar Syah mencecah umur 70 tahun dan jika Tengku Muzaffar Syah mempunyai anak lelaki maka Syarikat tersebut hendaklah di berikan kepada anak lelakinya secepat mungkin jika tidak maka secara automatik Tengku Malik layak mengambil ahli Syarikat Maju Jaya Holdings Sdn Bhd secara sah mengikut wasiat ayanda Dato' Tengku Muzarif Syah . Syarikat Maju Jaya Holdings Sdn Bhd merupakan Syarikat terkemuka dan tiada tanding baginya kerana yang mengolah Syarikat tersebut ialah almarhum Ayanda Dato Tengku Muzarif Syah . Beliau amat di segani oleh ramai kerana keberibadian beliau yang sangat luhur dan tenang ,  membuatkan semua Syarikat di Seluruh Malaysia salut dengan kewibawahan beliau. 




"Betul ke apa yang daddy dengar ni far ? ". Balas Tengku Muzaffar Syah gembira dengan pernyataan yang baru saja dia dengar . Tengku Muzaffar Syah sangat menyayangi Tengku Razfarhan kerana Tengku Razfarhan merupakan anak sulung keluarga itu .Tengku Razfarhan mempunyai dua orang lagi adik kembar tapi tak serupa iaitu Tengku Raihan dan Tengku Raihana . Masing-masing menuntut di negara yang sama di London dengan alasan keselamatan . Bonda Kirana yang bertekad agar Tengku Raihan dan Tengku Raihana menuntut di Universiti yang sama,dengan alasan agar Tengku Raihan dapat memantau dan menjaga saudara kembarnya iaitu Tengku Raihana.


"Ya daddy .far berjanji akan menguruskan Syarikat Maju Jaya dengan baik , demi daddy,demi bonda tapi dengan satu syarat ! ". Tengku Razfarhan tidak sampai hati melihat daddynya yang terlantar di Hospital hanya kerana bertungkus lumus menguruskan Syarikat, Tengku Razfarhan terpaksa mengorbankan impiannya untuk menjadi arkitek di London dan menerima tawaran daddy untuk menjadi CEO di Syarikat Maju Jaya Holdings Sdn Bhd Syarikat daddynya yang tidak lama lagi akan menjadi miliknya .


"Syaratnya?" . Soal Tengku Muzaffar Syah .


"Syaratnya daddy kena jaga kesihatan diri and jangan terlalu banyak fikir ,boleh ?". Jawab Tengku Razfarhan .


"Terima kasih far ". Tengku Muzaffar Syah .


"Sama-sama daddy ". Balas Tengku Razfarhan tersenyum paksa , takut daddynya terkesan dengan airmata yang sedang menari di pipinya tatkalah itu .

"dah lah, daddy rehat dulu ,far nak keluar beli air jap, haus ". Sambungnya lagi . Tengku Razfarhan terpaksa membatalkan temu janji bersama klien Bina Holdings Sdn Bhd petang itu.


"Far ". Panggil Tengku Muzaffar Syah lemah .

"Ya daddy ? ". Soal Tengku Razfarhan Syah menoleh kebelakang .


" Jangan bagitahu bonda tahu , yang daddy masuk hospital , daddy tak nak bonda risau dan daddy tak nak aktiviti bonda kat sana terganggu hanya kerana memikirkan tentang kesihatan daddy ok ". Jelas Tengku Muzaffar Syah lemah .


"Ok daddy, far beli air dulu ". Jawab Tengku Razfarhan lembut sambil membuka tombol pintu bilik yang khaskan untuk kalangan VIP seperti Tengku Muzaffar Syah yang mendapat pangkat Tan Sri .













"Macam mana appointment tadi cik fela?". Soal Aliza.


"Appointment cancel ". Balas Rafela Aulia tenang .


"Cancel ? Kenapa cik fela?". Soal Aliza salah satu staff di Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd bagi cawangan Melaka.


" Tan Sri Tengku Muzaffar Syah masuk Hospital akibat kena serangan jantung ". Balas Rafela Aulia simpati dengan keadaan Tengku Muzaffar Syah .


"Innalillah... so macam mana keadaan Tan Sri sekarang cik fela  ?". Soal Aliza lagi .


"Alhamdulillah keadaan Tan Sri istabil just perlukan rehat sedikit je " . Kata Rafela Aulia . Sewaktu Aini memaklumkan temu janji di batalkan Rafela Aulia sempat lagi bertanya tentang keadaan Tengku Muzaffar Syah .


"Kenapa muka tu cik fel? Letih eik? " . Soal Aliza.


"Macam mana tak letih liza , dua jam tau cik puan kita tunggu macam orang gila kat Res Per Cafe tu kesihan dia ". Sampok Jihan sambil ketawa meleret pada Rafela Aulia. .


"Ermm tulah , letih badan tau ".
Kata Rafela Aulia sambil memecit-mecit bahu kiri dengan menggunakan tangan kanannya .



"Saya ada cadangan , apa kata kita bertiga pergi SPA ?". Usul Jihan .


"SPA ?". Soal Rafela Aulia .


"Ya SPA , kan liza ?". Soal Jihan pada Aliza . Dato' Jazzali mengarahkan agar Jihan membantu Rafela Aulia dalam menguruskan Syarikat Bina Holdings di Melaka .


"Betul ! Cik fela mesti rehatkan badan juga ,pergi relax tension kat SPA ,urut badan yang terasa lenguh tu sikit, macam mana nak tak ?". Balas Aliza berbunyikan soalan , setuju dengan cadangan Jihan si mata bulat .


"Not bad ! , tapi pastikan semua tugas-tugas korang berdua ni siap , sebab esok ada meeting ,tapi sebelum kita meeting saya ada appointment dengan klien Syarikat Maju Jaya Holdings pukul 8:00 am esok ". Tegas Rafela Aulia.


"Jap, Maju Jaya Holdings ? Bukan appointment tu ke yang cancel tadi ?" Soal jihan .



"Ya,tadi Aini sempat bagitahu saya  ". Jawab Rafela Aulia 


"Ooo. . Aini tu siapa cik fe?."Tanya Jihan.



"Katanya dia PA Tengku Raz.. entah Raz apa entah saya lupa".Jawab Rafela Aulia.



"Tengku Razfarhan kut ". Sampok Aliza .




"Eya baru ingat , Tengku Razfarhan".
 Kata Rafela Aulia sampil mengetuk dahinya. 



"Ohh Tengku Razfarhan , mesti handsome kan ". Puji Jihan pula.



"Entahlah ,tapi tak semua tengku tu handsome tau Jihan ,kebanyakkan tengku ni handsome kat muka aje bukan dekat hati kan Cik fela". Tanya Aliza pula pada Rafela Aulia .



"Entahlah Liz, saya tak berani nak buat kesimpulan sendiri sedangkan kita tak tahu pun dia siapa ,kita tak boleh nilai seseorang berdasarkan nama atau pangkat dia ". Jelas Rafela Aulia .



"Betul tu cik fela saya setuju sangat lagi pun zaman sekarang ni manusia mana boleh percaya sangat lagi-lagi lelaki kan liza". Sambung Jihan pula .




"Itu aku setuju , apa tu slogan perempuan Jihan? . Tanya Aliza pula pada Jihan .



"lelaki semua sama" jawab Jihan sambil ketawa .





" Ok lain cerita ,esok kita meeting pukul berapa cik fela?".Soal Aliza pada Rafela Aulia selaku Pengurus . 



"Nanti saya maklumkan boleh ?". Soal Rafela balik.



"Boleh ". Balas Jihan dengan Aliza serentak. Jihan dan Aliza sangat menghormati Rafela Aulia sebagai Pengurus di Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan Manageress. Kini mereka berdua faham kenapa Rafela Aulia di lantik sebagai Pengurus Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd . Kerajinan dan kebijaksanaan Rafela Aulia dalam mengurus Syarikat membuat Jihan dan Aliza sedar bahawa Kebijaksanaan seseorang terletak pada kerajinannya .


"Yang berjaya tidak semestinya yang paling bijak ,Tetapi semestinya yang paling rajin , rajin adalah penawar yang paling berkesan untuk kita berjaya , tapi malas adalah racun berbisa bagi setiap manusia" . Kata-kata Rafela Aulia membuat staff-staff Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd di Melaka tersentak dan malu kepada Rafela Aulia yang mempunyai jiwa besar itu .







     Tengku Razfarhan kini sah menjadi CEO di Syarikat daddynya iaitu Syarikat Maju Jaya Holdings Sdn Bhd . Tengku Muzaffar Syah senang dengan keputusan Tengku Razfarhan yang ingin menguruskan Syarikat mereka .


"Morning dad , far pergi dulu ada meeting pagi ni". Sapa Tengku Razfarhan pada daddynya pagi itu .


"Far tak breakfast ke ni?"Soal Tengku Muzaffar Syah pagi itu .


"Far dah lambat dah ni,nanti far breakfast kat pejabat jelah ya Assalamualaikum". Balas Tengku Razfarhan.


"Waalaikumsalam hati-hati ". Pesan Tengku Muzaffar Syah kepada Tengku Razfarhan pagi itu.



"Yup , bye dad ". Kata Tengku Razfarhan pergi usai memberi dan menyalami tangan daddynya .





Selasa, 16 Januari 2018

Chapter 1




"Kata orang cinta itu indah . Tetapi kenapa ramai orang yang terluka ?. Pelik bin ajaib ! . " Rafela Aulia bermonolog sendiri di taman belakang rumahnya , biasalah petang-petang macam nie tempat tu jugalah menjadi pilihan hatinya.Walaupun kedengaran seperti keanak-anakan baginya itu lebih baik daripada berlepak sini sana buat penat kaki saja .Tanpa disedari Haikal Helmi dengan tiba-tiba muncul di hadapan Rafela Aulia dan mengisih ruang tempat di mana Rafela duduk sekarang kerana kerusi itu memuatkan tiga orang penumpang untuk di duduki dan Haikal Helmi memilih tempat paling hujung agar jarak antara mereka tidak terlalu dekat .



"Awak buat apa dekat sini ? ". Soal Rafela Aulia.Pelik bukankah hari ini Haikal nak luahkan perasaan cintanya dekat Kekasihnya? Apa yang terjadi ? Adakah cintanya ditolak atau sebaliknya ? Kalau sebaliknya kenapa muka sahabatnya itu pucat . Macam tak makan sebulan pun ada juga, takde warna langsung ! ataukah cintanya bertepuk sebelah tangan ?entahlah dia sendiri pun tidak tahu kenapa kata Rafela dalam hati.


"Fe sebenarnya saya...sa..ya ".Mulut bagai terkunci tidak tahu apa yang hendak dikatakan pada Rafela ketika itu tentang perasaan cinta yang sekian lama tersimpan elok di hatinya ,bukan kerana tiada peluang untuk mengungkapkannya tetapi kerana dia takut cintanya di tolak mentah-mentah oleh Rafela Aulia.
Sebab Rafela bukan macam perempuan lain , dia lain daripada lain sangat istimewa dan teliti orangnya jika ingin membuat satu keputusan . Baginya cinta itu sukar untuk diselami apalagi dialami dan Rafela juga pernah berkata kepadanya dia tak teringin terlibat langsung dengan cinta kalau nak kahwin pun biarlah baba dan umi yang pilihkan untuk dia .Walaupun kedengarannya agak ketinggalan zaman , bagi Rafela dia tak kisah dengan semua tu .



"Hello !! Haikal awak nie dah kenapa ? Ok tak nie ?" Rafela mula bimbang dengan kelakuan sahabatnya itu sangat berbeza dari hari yang biasanya.


"Fe...saya cintakan awak sangat-sangat awak cakap je apa yang awak nak saya akan tunaikan yang penting awak terima saya dalam hidup awak . "Lega rasa hatinya dapat meluahkan perasaan cintanya kepada Rafela . Wanita yang dicintainya sejak dua tahun yang lalu.



     Haikal mundar-mandir di biliknya dia tidak menyangkah ternyata dugaannya selama ini adalah benar, Rafela akan bersikap sedemikian rupa dan pendirian wanita itu sukar untuk diubah . Dan kini , dia dah tekad hendak sambung pelajarannya di luar negara dan berusaha untuk melupakan Refela buat selama-lamanya . Jika itu menjadi keputusan Rafela dia pasrah yang penting Rafela bahagia dengan hidupnya .



Sebulan kemudian ....






"Tak , saya tak cintakan awak . Awak tanya apa yang saya nakkan? Saya nak awak lupakan saya!".Tersentak Rafela dari lamunannya tatkalah mendengar pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar."Kejaplah! ". Sahut Rafela Aulia.



"Surprise !! .. " Shamilah muncul di muka pintu ingin berjumpa dengan adiknya kesayangannya sekaligus mengubati kerinduan yang telah lama terpendam terhadap adiknya yang comel loteh itu.


"Kak long !!! ..... Bila along sampai ? Kenapa tak bagitahu adik nak balik Malaysia?Terkejut adik tau..iiisss rindunya adik dekat along..." Rafela Aulia menjerit keriangan sambil memeluk Shamilah dengan erat lama tak berjumpa dengan akak kesayangannya itu. Sekarang Rafela Aulia dah berumur 22 tahun manakalah Shamilah pula sudah menjejak umur 25 tahun . Tiga tahun mereka berpisah itu bermakna sejak Rafela berumur 19 tahun Shamilah dah terbang keluar negara . Meski pun sekarang dah zaman moden teknologi semua dah canggih ada facebook , Twitter , Whatsaap , instagram dan sebagainya . Bagi Shamilah itu masih tidak mencukupi untuk dijadikan pelepas rindu pada keluarga .



"Baru je adik . Kalau along bagitahu along nak balik , tu bukan surprise namanya Rafela Aulia , sini nak peluk, rindu ! ". Kata Shamilah rindu dengan adik bongsunya kesayangannya itu .



"Ehh , mengadanya kak long ni ". Kata Rafela Aulia sambil membalas pelukan dari Shamilah .

      
       Usai menunaikan sholat fardu Isyak mereka sekeluarga berkumpul di satu meja panjang yang di penuhi dengan lauk pauk kegemaran Rafela dan Shamilah . Hidangan malam itu juga dibuat khas untuk menyambut kepulangan Shamilah ke tanah air khususnya ke rumah . bak kata pepatah air di cincang takkan putus begitu juga dengan Shamilah walau pun lama meninggalkan keluarga itu tidak bermaksud dia akan lupa dengan keluarga . Tidak sekali-kali kerana keluarga adalah segala-galanya .


"Wah ... sedaapnya ketam nie umi lama tak makan ...." . Puji Shamilah .


"Aihh .. kak long sedap sebab lama tak makan ke sedap sebab ketam nie sedap ?" Sampok Rafela dengan diiringi senyum tawa dibibir .



"Dua-dua sekali sebabnya apa adik nak tahu ?" . Soal Shamilah .


"Sebab ? " Soalnya balik .


"Sebab yang pertama it's simple rindu , sebab kedua ial...ahh.." Belum sempat Shamilah menghabiskan ayatnya Rafela terlebih dahulu menyampok .



"Your's fovourite , right ? "Jawab Rafela sambil menyuapkan ketam ke dalam mulutnya bersama-sama nasi berulamkan sayur-sayuran yang dipenuhi sambal balacan fovouritenya itu .


"Good girl !" Jawab Shamilah pula sambil ketawa dengan gelagat Rafela yang tak pernah nak berubah dari dulu sampailah sekarang , asyik nak menang aje,senyum Shamilah bahagia .



"Shamila , Rafela makan cepat jangan banyak cakap depan rezeki nie tak elok nak " . Tegur umi kepada kedua puterinya itu dari dulu sampai sekarang perangai tak pernah berubah umur sahaja yang meningkat .



"Baik umi!". Perkataan , masa yang diambil adalah sama . Meraka saling berpandangan lalu tersenyum bersama-sama .
Umi hanya menggelingkan kepala manakalah baba mereka pula hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua . Keluarga kecil mereka terasa sempurna dengan kehadiran Shamilah semula ke rumah banglo sederhana besar berwarna coklat gelap itu .



     Rumah banglo itu dihiasi dengan aneka jenis bunga seperti bunga teratai , bunga matahari , bunga ros dan sebagainya . Di samping rumah mereka pula terdapat kebun kecil di mana tanaman kecil seperti serai,kunyit dan lada di serta pelbagai jenis tanaman kecil lagi yang di tanam oleh Puan Suria iaitu umi kepada Rafela dan Shamilah.Manakalah di dihadapan rumah pula terdapat kolam ikan yang mempunyai pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni dan indah . Terkadang sebab itu jugalah saudaramara sebelah baba atau umi sering berkunjung ke rumah mereka . Kadangkalah saudaramara sebelah umi sering datang bertandang dan bermalam di rumah mereka memandangkan rumah mereka mempunyai tiga bilik kosong . Dua bilik ada di tingkat bawah dan satu bilik lagi di tingkat atas berhadapan dengan bilik Rafela . Lagi pula mereka hanya berempat tinggal di dalam rumah banglo sederhana besar itu . 

Chapter 2




      "Hye Rafela kalau akulah kan jadi kau aku akan terima Haikal tu dalam hidup aku? Sebab dia tu  handsome , kaya , caring pula tu " kata Laila sambil tersenyum sumbing pada Rafela dia pun tidak menyangkah dalam diam Haikal menyimpan perasaan untuk Rafela .




 "Kaya? Kau ingat aku pandang sangat harta karun tu?ingat aku mata materealistik?kau agak-agaklah lagi pun dia tu kawan kita tahu,takkan aku nak kahwin dengan dia laila?  ". Tegas Rafela Aulia.



"Harta karun ye hahaha.. ,sempat buat lawak kan ,Ala aku gurau aje lah tapi boleh apa kahwin dengan member sendiri .". Laila.



"Aku tak bolehlah Laila ,aku dah anggap haikal tu macam saudara aku sendiri kau tahu kan?".Rafela Aulia.


  
"Ye aku tahu . Tapi bukan dia ajak kau kahwin terus kan,ala couple-couple lah ". Laila . 

 
"Hey aku tak mainlah couple-couple cinta monyet semua ni ,lainlah kau playerrr !". Rafela Aulia .


"Amboi-amboi sedapnya mulut mengata aku,aku cili kang mulut kau tu ,baru kau tahu pedas ke tak .". Laila.



"Tahu pun marah , hey japlah kau tunggu sini ,aku nak belikan kak long novel depan tu je ,layan cerita kau ni sampai esok tak kan pernah nak habis .. ..Jap tahu ". Kata Rafela Aulia sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah kedai tersebut . Yang berhadapan dengan Restoran yang mereka sedang lepak sekarang .
     


"Cerita aku ? Bukan ni cerita dia ke ? Mengada-mengada cakap cerita ni cerita aku". Jawab Laila pula kebingungan sambil geleng kepala .


 


       Sebelum keluar dari rumah pagi tadi . kak long Shamilah sempat meninggalkan pesan yang dia teringin sangat nak baca novel yang bertajuk Imam mudaku romantik dan Suamiku paling sweeth biasalah novel itu kan tengah gempak sekarang sebab itulah dia nak baca best katanya .


          Rafela melangkah masuk ke dalam kedai tersebut , secara automatik langkahnya terhenti buat seketika , Rafela merenung tajam lelaki di hadapannya itu .



"Tumpang lalu ? Encik? Saya nak masuk " Rafela Aulia bersuara.  



" Taniya ? ". Soal lelaki yang berkaca mata hitam itu .


"Ta..niya? " .. Soal seorang wanita yang dia sendiri pun tidak tahu dari mana munculnya .


"Saya ke?" . Rafela terperanjat sambil menoleh kiri kanan, pelik dengan soalan dua insan yang tidak dikenalinya itu .


" Saya Rafela Aulia bukan taniya ". Terang Rafela . Reaksi lelaki dan wanita tinggi lampai itu membuat Rafela terkejut dan tertanya-tanya Kenapa mereka memanggilnya dengan nama Taniya ? . Lelaki dan wanita itu pun kelihatan turut sama terkejut bila melihat wajah miliknya macam baru tengok hantu bangkit dari kubur, Seram gila! .


"Ouhhh . . I' am sorry . . . Mung . . Mungkin kita berdua silap orang kan jaz ? ". Kata wanita itu tersekat-sekat .


"Memang silap pun , perkenalkan saya Rafela Aulia bukan Taniya ."Tegas Rafela Aulia sekali lagi membetulkan kesalahfahaman yang berlaku di antara mereka bertiga.Setelah mendengar penerangan Rafela tentang dirinya , dua insan yang tidak dikenalinya itu pun pergi tanpa sempat memperkenalkan diri mereka kepada Rafela yang berdiri tegak tepat-tepat depan pintu Stonebook itu .


"Excuse me ?". Tanpa sedar Rafela terjatuh dalam pangkuan seorang lelaki yang bersuara tadi . Mata bertentangan mata , lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah Laila datang menyapa Rafela dengan pemuda kacak berkaca mata hitam itu .


" Ahem-ahemm " kedebooookk. .. . Rafela terjatuh dari pangkuan pemuda kacak itu, tanpa perkataan maaf pemuda itu pun berlalu pergi meninggalkan Rafela yang sedang terduduk menahan kesakitan dek perbuatan si pemuda itu .



"Aduhhh!!Biadapnya ! Hey ! Kau nak gi mana tu?? Haa... aduhh sakitnya buntut aku.". Keluar perkataan kasar dari mulut Rafela . Rafela Aulia dengan muka merah padam menahan kesakitan.



"Kau okey ke tak ni?, fuhyooo...biadapnya mamat tu Fe ,iss kalau aku dah lama aku terajang habis mamat tu !". Kata Laila pula kesal dengan adegan sebentar tadi .



"Kau jangan nak buang tabiat! Member jatuh bukannya nak tolong ". Balas Rafela sambil menghulurkan tangannya kepada Laila . Laila hanya menyambut huluran tangan itu. 



"Aku tolong lah ni , tolong kau sumpah serana tu mamat! Hah !  ".Omel Laila sambil menyambut huluran tangan Rafela .



"So much rude ! Biadapnya ! ".Tambah Rafela pula tidak berpuas hati dengan kejadian sebentar tadi.



"Penampilan berkelas tapi perangai no kelas !". Marah Laila juga tidak berpuas hati dengan mamat berkaca mata hitam itu .












"Sedalam apa pun air di lautan ,
Seindah apa pun kenangan yang silam ,
usah kau kenang jika ia menyakitkan ,
Jadikan ia sebagai pedoman kehidupan bukan harapan  .
Agar hidup tidak di hantui bayang-bayang 
kesilapan ".


          Puisi yang baru sahaja menghiasi ruang pejabat Hijjaz mengingatkan kembali memori Hijjaz terhadap Taniya arwah tunangnya . Di tambah lagi dengan kehadiran wanita yang bernama Rafela Aulia yang mirip dengan bekas tunangnya yang telah meninggal dunia setahun yang lalu , disebabkan oleh kemalangan kapal terbang sewaktu hendak pulang ke Malaysia untuk melangsungkan pernikahan mereka .



" Jaz , I tahu perasaan you sekarang , you anggap je apa yang kita nampak tadi , just on your dreams ok , please jangan siksa diri you macam ni . ?" Pinta Zana kepada Hijjaz yang sejak dari tadi memerhatinya dari luar pejabat , dia tahu Hijjaz sedang berperang dengan perasaannya sendiri sebab itulah dia terus masuk tanpa mengetuk pintu .


"Zana , can you helps me ? " . Soal Hijjaz penuh harapan .


"Tolong apa ? " . Soal Zana pula tersenyum.


"Leave me alone ! Dah tak ada hadap ke masuk bilik orang tak ketul pintu? " . Jawab Hijjaz kasar dia pantang kalau ada orang masuk pejabat tanpa ketuk pintu . Tiada etika langsung !.


"Iss... kau halau aku jaz . tak apa , kau tunggu dan tengok jelah nanti , sekarang kau buang aku macam sampah ! one of the days ,aku akan pastikan kau akan pungut aku macam permata ! I will make sure that !". Kata Zana bermonolog dalam hati sambil melangkah keluar dari pejabat Hijjaz, tidak puas hati di perlakukan sedemikian rupa oleh Hijjaz . Zana mempunyai banyak muslihat yang tersendiri , berlakon depan Hijjaz merupakan salah satu muslihatnya .
Depan Hijjaz ber'you' ber'I' , tapi belakang bagaikan syaitan bertopengkan manusia .








   

 " Kau tak apa-apa ke ? Kau kenal tak dengan mamat tu ?". Soal Laila pada Rafela kesihan pula dia dengan kawannya tu .




"Jangan risau aku okey , aku tak pernah ada kenalan yang biadap macam tu kecuali kau ! ."Balas Rafela sambil menjeling kepada Laila.


"Ehh aku pula di salahkan ,kau pun Sama aje kan?eh tapi kan 
 Fe cara mamat tu pandang kau macam ada something je ,walau pun mamat  tu guna kaca mata aku dapat rasa kan yang mamat tu ada feeling kat kau , jangan-jangan mamat tu jatuh cinta pandangan pertama dekat kau kut fe ? Apa macam ? Ada feeling ? .Sangkat Laila ingin melihat reaksi sahabatnya itu.



"Feeling kepala otak kau kalau dia jatuh cinta dekat aku mungkinlah kut, tapi kalau akulah feeling pun sorry,aku tak ada langsung ! Feeling buntut aku sakit adalah ! ". Tegas Rafela Aulia.



"Ehhh. . . Tak romantiklah kau ni , meluat aku, perasaan je lebih ! ". Buat muka nak muntah bukan dia tak tahu sikap Rafela memang tak romantik langsung ! Siapalah lelaki malang yang bakal menjadi suami sahabatnya itu kelak .



" isss.. kau ni banyaklah kau punya romantik , dah jomlah kita balik nanti kak long bising sebab novel dia ni tak sampai-sampai." Walau pun kaki dan buntutnya kurang istabil di sebabkan kejadian sebentar tadi dia tetap ingat tentang novel pesanan kak long Shamilahnya . Mereka berdua beredar dari Restoran sate selepas menghabiskan minuman dan sate yang terhidang rapi di atas meja makan itu .

       

    Rafela Aulia melangkah masuk secara perlahan-lahan ke dalam rumahnya bukan kerana takut tapi kerana kakinya yang agak terseliuh di sebabkan kejadian yang berlaku di depan kedai buku itu.




"Aihhh ... adik dah kenapa kaki tu berjalan macam siput ". Kata Shamilah.



"Ahhhh ...ni adik terjatuh time nak parking kereta tak sedar pula ada kayu yang halang langkah adik. " jawabnya sambil menunjukkan muka sepuluh sen.



"Ah ?? Jatuh ! Tulah lain kali kalau jalan tengok kiri kanan , bawah depan
Dah jom pi Klinik ". Shamilah menawarkan adiknya agar ke Klinik , takut-takut sakitnya melarat , tapi Rafela menolak dengan alasan kakinya tidak seteruk apa yang kak longnya fikirkan.Rafela tidak ingin menyusahkan Shamilah .

Chapter 3

Setahun kemudian . Semester akhir Rafela Aulia telah pun berakhir dengan jayanya dan kini dia berkerja di sebuah Syarikat ternama ...