Sabtu, 27 Jun 2020

Chapter 3



Setahun kemudian .



Semester akhir Rafela Aulia telah pun berakhir dengan jayanya dan kini dia berkerja di sebuah Syarikat ternama milik Dato' Jazzali iaitu Syarikat Bina Holdings Sdn . Bhd . Rafela Aulia terharu dan gembira dapat berkerja di Syarikat tersebut . Tambahnya lagi dengan jawatan yang ditawarkan oleh Dato' Jazzali kepadanya iaitu sebagai Pengurus Syarikat tersebut, gila aku tolak katanya dalam hati .



"Good morning Puan Rafela" .Sapa Norhazlina kepada Rafela pagi itu .



"Morning too,apa pula puan-puan ni dah berapa kali saya cakap , jangan panggil saya puan, Fela pun dah cukup".Balas Rafela Aulia ramah sambil tersenyum manis pada Norhazlina.



"Alaa.. tapi tak selesalah nak panggil Fela Puan,Puankan bos kita , saya ni kuli je hehehe ... ".Norhazlina tersengeh-sengeh melihat gelagat Rafela yang selamba itu .Bagi Norhazlina , Rafela bukan sahaja memiliki wajah yang cantik bahkan dia juga memiliki hati
yang baik , peramah dan rendah diri , buktinya Rafela baru beberapa bulan berkerja di Syarikat Bina Holdinga Sdn Bhd tetapi, hampir semua anak-anak Syarikat tersebut mengenalinya termasuklah cleaner-cleanernya sekali.

Tegas ! Memang wajib ada dalam diri seorang pengurus seperti Rafela Aulia , walau pun Rafela memiliki sifat yang tegas tetapi beliau tidak kuat marah , murah dengan senyuman manis bila berkata .

"Bagi selesa sikit okey, kita sama-sama makan gaji , dah saya nak masuk dalam dululah ya ". Rafela Aulia dengan segera membuka tombol pintu pejabat persendiriannya khas untuk pengurus di Syarikat Bina Holdings Sdn. Bhd. Dia sendiri pun terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan jawatan yang dimilikinya sekarang .



"Tapi Dato' bukankah ianya terlalu awal untuk saya memegang jawatan sebesar
ini Dato' ?". Soal Rafela ketika masyuarat dilangsungkan sebulan yang lalu di bilik khas.

"Rafela saya yakin dengan kemampuan yang kamu miliki, buat yang terbaik untuk Syarikat Bina Holdings ya and congratilations ". Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Rafela Aulia dengan kata-kata Dato' Jazzali semasa pelantikannya dibuat .




"Aikk ...termenung jauh nampak sampai saya ketuk pintu pun Puan tak dengar " . Terkejut Rafela dengan kehadiran Norhazlina di ruang pejabatnya.


"Lina ...eh Linaaaf saya tak perasaan awak ketuk pintu tadi". Balas Rafela sambil meraba-raba dadanya .

"Tak mengapa puan saya faham ,mesti puan letih kan". Norhazlina sebenarnya simpati dengan keadaan Rafela . Dia tahu bukan senang jadi pengurus, lagi-lagi seperti Syarikat Bina Holdings ni bukannya calang-calang Syarikat,dia sendiri pun tidak dapat bayangkan .


"Apa pula berpuan-puan ni just call me fe or fela simple right? , lagi pun syarikat nie bukan syarikat saya .. ". Balas Rafela Aulia tidak faham dengan Norhazlina yang gemar sangat memanggilnya dengan gelaran Puan walau pun telah berulangkali dia nyatakan jangan memanggilnya dengan gelaran Puan, macam Syarikat ni dia punya pula , lagi pun gelaran Puan hanya layak bagi orang yang dah kahwin sahaja bagi Rafela Aulia .


"Baik puan. Upsss...fela hehehe". Norhazlina sengaja tersalah panggil kononnya pancingan buat Rafela.

"Iss awak ni lina macam-macamlah,ah' ni kenapa? Ada apa-apa hal yang boleh saya bantu?". Rafela terlebih dahulu mengajukan soalan .

"Ah' nie.. saya nak bagitahu fela yang Dato' Jazzali nak jumpa sekarang ".
Jawabnya pula.

"Oouh...ok,kejap lagi saya jumpa dato terima kasih". Rafela hanya menghantar Norhazlina dengan anak matanya sehinggalah Norhazlina menutup pintu pejabatnya dari luar.








"Okey pa, Jaz gerak dulu nak jumpa sharul jap". Kata Hijjaz meminta diri . Hijjaz tahu yang Rafela Aulia kini berkerja di Syarikat papanya,dia tidak sanggup melihat wajah Rafela Aulia yang mirip sangat dengan wajah bekas tunangnya . Di sebabkan oleh itu jugalah Hijjaz jarang sekali bertandang ke Bina Holdings , semenjak Rafela Aulia bekerja di Syarikat Papanya,dia sendiri pun terkejut ternyata orang itu adalah Rafela Aulia bertapah gembiranya hatinya tatkalah mendengar berita gembira itu.



"Aikk,bila nak gerak anak papa nie,apa yang di menungkan sangat tu hemm".Dato' Jazzali.


"Ah' jaz geraklah ni bye pa" . Hijjaz tersengeh-sengeh sambil membuka tombol pintu, boleh pula dia termenung depan papanya macam perempuanlah pula .Malu ! .Dengan tiba-tiba ,

"aduuuhhh.....". Rafela Aulia muncul di muka pintu dengan wajah yang berkerut.

"Aikk,macam pernah nampaklah awak nie".Rafela Aulia.

"Pernah , Awaklah orang yang buka pintu ni tadi kan". Hijjaz menahan kesakitan disebabkan tercium pintu tanpa rela hati.

"Sorry-sorry saya tak sengaja ingatkan takda orang tadi, saya minta maaf sangat " . Rafela tidak dapat menahan tawanya, Lucu ! .

"Jaz jap " . Celah Dato' Jazzali.

"Ya pa?".Hijjaz.

"Bawa kereta ke?".Soal Dato' Jazzali , pelik.

"Ya , kenapa pa?.Hijjaz .

"So kunci kereta ni siapa punya pula?". Soal Dato' Jazzali .

"Ooo lupa,jaz punya , thanks pa , jaz pergi dulu,ohh ya nextime ketuk pintu dulu sebelum nak masuk tak ada adap ke ?bye pa". Kata Hijjaz pedas ayat. 



"Maaf dato ,saya tak ada niat nak biadap ,saya tak sengaja,saya cuma ..  ". Belum sempat Rafela Aulia menghabiskan ayatnya dato terlebih dahulu mencelah.
      


"Tak mengapa . Jangan terasa dengan Hijjaz tu , dia tu memang macam tu fela"Kata Dato Jazzali.


 

Hijjaz tersenyum sendiri di restoran mewah milik Sharul sahabat karibnya . Sharul bergelar sahabat karibnya sejak mereka masih kecil lagi .


Woii..senyum-senyum sendiri ni dah kenapa?". Sharul geling kepala.

"Iss ...kau ni rul sound slow sikitlah, malu aku tau tak". Tegur Hijjaz .

"Tau pun malu ,senyum sendiri macam orang gila tu kau tak malulah pula ". Sharul .

"Kau ni rul tak boleh tengok orang senyum sikit kau cakap gila ".Hijjaz membelah diri sambil menikmati air bandung yang dia sendiri tidak tahu datangnya dari mana .

"Weii..air aku tuu..." kata Sharul.

"Habis... thank you rul order satu lagi ." Hijjaz tayang gigi.

"Amboii ... bankraplah Dato' Jazzali ada anak macam kau ni ". Sharul memang masak dengan perangai Hijjaz setakat air bandung yang harga hanya RM25, langsung tiada nilai !.

"Ermm..dah dah , aku datang ni nak tanya pendapat kau bukan nak dengar kau membebel macam mak yam aku kat rumah tu ". Hijjaz kalau dah berjumpa dengan Sharul macam adam dan stacy bergabung meletop !.

"Hahaha..relaxlah aku gurau je ". Sharul ketawa terbahak-bahak dan terdiam apabila pelanggan datang bertanya .

"Maaf mencelah , siapa owner restoran ni?, nak buat reservation boleh tak ?" . Tanya wanita cantik itu kepada Hijjaz .


"Ehh.. tanya dia,Sharul boleh tak ?". Hijjaz .


"Hah?Boleh ,boleh" .Sharul.


"Ok,saya nak discuss dengan encik sekaranggg....". Tak sempat menghabiskan ayat telefon Shamilah berdering .


"Ya..ada apa umi ? Baba? Kejap along datang sekarang". Shamilah menamatkan panggilan telefon .


"Maaf encik, Nanti saya datang balik ". Kata Shamilah sekali lagi.Cemas dengan keadaan babanya , kaki melangkah lebih laju dari yang biasanya . Sharul dan Hijjaz hanya mengangukkan kepala sahaja memandangkan reaksi wanita itu sedikit terkejut selepas mendapatkan panggilan sebentar tadi .





"Aku lupa lah rul". Kata Sharul tiba-tiba bersuara tadi bukan main diam .


"Apa yang kau lupa rul?".Soal Hijjaz pula pelik.


"Name card dia". Jawab Sharul .


"Kalau pasal perempuan kau number satu kan , kau pun agak-agaklah kau tak perasan ke muka dia tadi tu silap-silap bukan name card dia bagi tapi penampar ". Kata Hijjaz menggelengkan kepala  .









"Out station ? ". Tanya Rafela Aulia .



"Ya, saya nak kamu pantau cawangan kita yang ada dekat melaka tu sebab sales kat sana jatuh, saya nak awak pantau untuk
 sementara waktu ni . ".Arah Dato' Jazzali .

"Baiklah dato' ,esok saya akan bertolak pergi melaka". Jawab Rafela Aulia . 










"El esok i nak out station Melaka for two days, awak tolong uruskan semua appointment saya dekat sini ". Rafela Aulia memberi arahan kepada setiausahanya Elna .


"Baiklah Puan Muda , haa ni air cola Puan ." . Jawab Elna mengikut arahan sambil meletakkan air di depan meja Rafela Aulia.



" Ohh ya thanks  ". Rafela Aulia.


"Okey, welcome Puan Muda". Elna .
Walau pun Rafela Aulia meminta untuk memanggilnya fela namun,beliau tetap bersekeras memanggil Rafela dengan gelaran Puan dengan alasan tidak selesa . Tetapi bezanya gelaran Puan di tambah dengan perkataan Muda , di sebab Rafela Aulia seorang yang jelita dan masih belum kahwin tercipta jugalah gelaran Puan Muda buat dirinya . Rafela Aulia hanya tersenyum , Walau pun Rafela Aulia merasa sedikit tidak selesa dengan panggilan tersebut , Rafela tetap merasa bangga terhadap Elna yang mempunyai personaliti yang tinggi dalam bab hormat menghormat ni , sangat formal dan tertib orangnya sebab itulah kenapa dia memilih untuk menerima Elna sebagai setiausahanya.




Beberapa Bulan yang lepas ....



"Maaf nak pacik tiada duit nak bayar". Kata seorang pacik tua .



"Apa??dah tau takde duit , masih nak makan sini? Buang tabiat ke apa? Lepas tu siapa yang nak bayar semua bil ni? ". Kata seorang perempuan muda bertopi merah .


"Maaf cik ,saya yang bayar bil ni , berapa semua harga makanan ni?".Celah seorang gadis muda yang berpakaian uniform berwarna hitam kemas .



"Empat puluh satu ringgit sepuluh sen !". Balas perempuan muda itu dengan kasar sambil menatap tajam mata gadis beruniform itu .



"Pacik,adik , dah kenyang? Nak tambah lagi? ". Soal gadis itu lembut dan sopan .


"Alhamdulillah pacik kenyang nak,terima kasih nak sebab bayarkan makanan pacik dan anak-anak pacik ,semoga Allah murahkan rezeki anak inshaallah kalau pacik ada duit , pacik ganti ". Balas pacik itu sayu .



"Aamiin... terima kasih pacik ,saya memberi ikhlas pacik,saya tak mengharapkan apa-apa balasan pun , pacik terima ni, saya hanya ada ni aje naa ambillah pacik,takpe ambil saya ikhlas ". Kata gadis muda itu . Simpati dengan keadaan pacik tua serta dua orang anaknya . Menangis pacik tua itu menerima duit dua ratus ringgit daripada gadis muda itu .









"Maaf Encik , hari ini saya ada interview , boleh saya jumpa pengurus?". Kata gadis muda itu tadi cemas .



"Mohon jawatan apa ya?". Kata petugas itu.



"Secretary". Jawab gadis muda itu .


"Harap maaf cik, sesi interview untuk jawatan itu dah tamat , boleh cuba isi borang sekali lagi ,semoga berjaya ". Kata petugas itu formal. Angan-angannya untuk berkerja di Syarikat ternama itu tidak kesampaian di sebabkan kelekahannya terhadap masa . Sedang merenungkan nasib diri , tiba-tiba telefon berdering nyaring .


"Maaf, ini cik Elna Kuqudin?". Dalam talian


"Eya , saya ?".Elna .


"Kami daripada Syarikat Bina Holdings , Kamu di terima bekerja di Syarikat kami , boleh saya tahu , cik nak mula start kerja bila?". Dalam talian .



"Esok? Secretary department?". Elna gugup .




"Eya , tahniah dan terima kasih ". Dalam talian . Elna menampar-nampar pipinya , aku mimpi ke? Setitis air matanya jatuh berlinangan ,menggambarkan kegembiraannya tatkalah ini . Syukur kehadrat ilahi akhirnya impiannya tercapai . Dengan rasa syukurnya dia balik dengan wajah yang ceria dan bahagia .


        Rafela Aulia bangga melihat pencapaian Elna sebagai setiausahanya ,bagi Rafela personaliti,keikhlasan,kejujuran dan karacter itu penting dalam pemilihan pekerja . Personaliti Elna jelas terbukti apabila dia dengan tidak sengaja melihat Elna menghulurkan bantuan terhadap pacik tua dan dua orang anaknya . Dia tidak menyangkah masih ada lagi golongan muda yang berhati mulia seperti Elna . Rafela menerima Elna berkerja sebagai setiausahanya tanpa sembarang interview . Elna tidak menyangkah dan gugup sekali ketika berhadapan dengan Rafela Aulia di Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd .


"Puan Muda, Terima kasih kerana menerima saya berkerja di Syarikat ini , saya berjanji saya akan berkerja dengan setulus hati saya ."Kata Elna dengan yakin . Rafela hanya tersenyum mendengar jawapan dari Elna. Kelakar juga dia ni . Elna hanya tersenyum sumbing . Setelah lama bersembang ,Rafela  menceritakan apa yang terjadi sebelum dia menerima Elna sebagai setiausahanya , mulai dari kisah Elna menolong Pacik tua itu sehinggalah Rafela melihat Elna duduk di kerusi panjang,tingkat satu ,di pintu utama bangunan Bina Holdings. Melihat wajah yang muram itu . Rafela bertanya-tanya kenapa gadis itu menangis? Apa yang telah terjadi dengan dia ? Rafela cuba bertanya dengan petugas kaunter itu . Rupanya gadis itu terlepas interview ,Rafela mencuba mencari resume gadis itu . Elna Binti Kuqudin,berumur 24 tahun . Rafela hanya tersenyum melihat gelagat Elna .

" Awak dah di takdirkan untuk menjadi setiausaha saya". Kata Rafela Aulia ikhlas. Elna diam tanpa terkata . Bersyukur tak terhingga .Betul kata orang setiap kebaikan ada balasan ,baginya ini adalah satu keajaiban . Alhamdulillah dengan satu peristiwa yang tak di jangkahnya akhirnya dia di terima berkerja dia Syarikat ternama itu tanpa menghadiri sebarang interview pun .Kisahnya sebagai seorang setiausaha bermula ketika sesi temu bual bersama Rafela Aulia tamat .








 

"Astagafirullahalhazim.... Baba ok tak ni? Kenapa dengan baba ni along?umi?". Tanya Rafela Aulia cemas .



"Baba ni migran , sebab tu sampai pengsan ". Jelas Shamilah .



"Mananya tak migran along adik  ,baba kamu ni malas nak makan ubat ". Umi Suria.



"Su ni , Abang ok lah , adik,along baba ok jangan risau " tegas Baba Mansur .


"Dah pengsan macam tu baba cakap ok? Baba?".Celah Rafela Aulia pula .

   

"Dah lah tu , adik naik atas ,mandi,ambil wuduk ,solat ,lepas tu turun makan , umi dah masak tu  ". Umi Suria .











Rafela Aulia memandu kereta kesayangannya Vios berwarna putih dengan perlahan menuju Melaka yang sememangnya sesak dengan kehadiran ramai pelancong asing khususnya penduduk Melaka itu sendiri . Azan zohor mula berkumandang apabila telefon Iphone six milik Rafela berbunyi memanggil umat islam untuk menunaikan solat fardu zohor tengahari itu. Rafela Aulia mencari tempat yang selamat untuk menempatkan kereta kesayangannya kerana ingin melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah Swt iaitu dengan menunaikan solat fardu zohor terlebih dahulu sebelum membuat tempahan hotel .




"Adik bawa bersabar,ni kawasan masjid tak baik gaduh-gaduh dekat sini,lagi pun solat fardu zohor dah nak mula ni " . Tegur Rafela Aulia dengan sopan tanpa melukakan .Tetapi teguran beliau tidak di edahkan oleh beberapa pemuda yang kusyuk bergaduh mulut dengan beberapa orang remaja perempuan yang masih berseragam sekolah menengah . Dia sendiri pun tak tahu apa punca pergaduan itu berlaku .


"Kalau kau nak solat pergi jerlah,jangan banyak bunyi kat sini,faham ?". Balas seorang pemuda dengan kasar .


"Untuk pengetahuan encik,cik adik ni semua ,saya tak kisah pun kalau korang- korang ni nak bergaduh, sampai koma pun tak mengapa tapi bukan dekat sini, sebab ni kawasan masjid tempat untuk orang beribadah bukan tempat untuk orang bergaduh faham ?". Tegas Rafela Aulia panjang lebar sambil menyusun langkah hendak ke tingkat atas untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah buang masa aje dia tegur budak hingusan itu tadi,degil !. Langkah kaki Rafela terhenti apabila terlihat beberapa lelaki tua yang memarahi pemuda-pemuda degil itu tadi . Padan muka !degil sangat. Kata Rafela dalam hati .





        "Ya Allah ya tuhanku ,engkau kuatkanlah iman hambamu ini , engkau lindungilah keluargaku daripada jenis kejahatan dan engkau sembuhkanlah penyakit babaku ya Allah. Sesungguhnya engkau maha menyembuhkan aamiin....
         Usai menunaikan solat fardu zohor , Rafela Aulia singgah di sebuah Restoran untuk mengisih perutnya yang dah lama kosong sejak dari pagi tadi sehinggalah kini, berbunyi meminta untuk di isi. 


"Selamat datang cik , ni menu dia " . Kata salah seorang waitres di restoran itu yang berpakaian seragam berwarna merah di Restoran Mehra Rossa itu .


"Terima kasih, ahh bagi saya nasi Ayam gulai and Lemon tea ais je, ya " . Ringkas pesanan daripada Rafela Aulia, Rafela Aulia bukannya pemilih sangat dalam bab-bab makanan ni , yang penting perut kenyang hati senang habis cerita . Setelah pelayanitu mencatat makanan yang Rafela pesan , pelayan itu pun pergi dengan membawa buku catatan tersebut.




"Udang goreng dan Tea tarik ais ". Pesanan yang di buat oleh seorang lelaki tampan berkaca mata hitam itu membuatkan Rafela ingin menoleh ke arahnya . Rafela seolah-olah mengenali raut wajah lelaki itu .


"Jangan tungguh lama-lama , nanti jatuh cinta ! ". Sapah seorang wanita kepada Rafela Aulia.


"Lailaaaa !!!.." jerit Rafela Aulia tanpa menyedari kehadiran ramai yang semakin lama semakin memenuhi
Restoran Mehhra Rossa yang sememangnya menjadi pilihan ramai terutamanya penduduk Negeri Melaka itu sendiri .


"Kau nie control sikit suara tu , tak nampak ke orang tengah tengok kita ni". Kata Laila dengan nada yang perlahan , segan sebab semua mata penghunjung Restoran Mehhra Rossa tertera pada mereka berdua. Mereka berdua duduk dengan perlahan-lahan sambil menundukkan kepala masing-masing tanda maaf.


"Ok-ok Sorrylah , aku terharu sebab lama tak jumpa kau,dah berapa abad eik ?". Rafela Aulia pura-pura tak ingat .


"Wahh makin cantik kawan aku seorang ni , jelita benowww....".Puji Laila terharu melihat sahabat karibnya .



"Terima kasih ". Rafela Aulia tersenyum bangga  .


"Aku terjumpa kak long Shamilah kau tadi " . Jawab Laila sambil melihat menu di tangan .


"Hah ? Kau jumpa along tadi ? Dengan siapa? Kenapa along tak bagitahu aku dia nak gi Melaka ?". Rafela Aulia  terkejut.


"Iss kau nie muka jer cantik tapi otak kecil , manalah aku tahu .Tapi aku tengok dia sendiri jer ". Kata Laila .


"Emm. . .nantilah aku tanya, ah Laila aku nak tanya ni,kau kenal tak mamat yang berkaca mata hitam sebelah kita ni ? Aku rasa pernah jumpalah mamat tu tapi dekat mana? ". Rafela Aulia mengecilkan suaranya apabila bertanya tentang lelaki yang berkaca mata hitam itu .

"Mamat mana ?" . Laila .


"Yang belah meja kita,belah meja kita ni la ". Kata Rafela Aulia sekali lagi .


"Ouhh, ya mamat hitam tu ?". Tanya Laila .


"Hitam ? Kaca mata hitamlah". Celah Rafela Aulia membetulkan ayat Laila .
 

"Ok ok silap cakap ,ohh mamat kaca mata hitam tu ". Laila tersengeh.


"Yelah , ". Rafela Aulia .


"Ahha kan fe macam pernah nampaklah mamat tu ,tapi dekat mana , lupa dah ". Laila juga turut merasa seolah-olah mengenali raut wajah lelaki tampan itu berkaca mata hitam itu .


"Laila , dia tengok kitalah ". Rafela aulia .


"Tahniah fe !! kau kahwin tak jemput aku pun ". Laila konon-kononnya berlakon agar lelaki tampan itu berkaca mata hitam itu tidak menyedari yang mereka berdua membicarakan perihal dirinya .


"Ahh ?ahh... nie macam mana aku nak jemput kau Laila, aku tahu kau sibuk jaga anak-anak kau kat rumah tu kan , sihan kau kan " . Terbeliak mata Laila apabila Rafela mengenakan dia kembali . Kena kau !  . Perbualan antara mereka berdua berlarutan sehinggalah lelaki tampan pergi tanpa mereka sedari .



"Hah aku dah ingat , aku dah ingat , aikk mana dia pergi ? ". Laila .


"Apa yang kau ingat ni Laila?". Rafela Aulia bertanya .


"Ala mamat handsome tu tadilah siapa lagi ! ehhh...kau nie ". Laila .


"Manalah aku tahu dia pergi mana, yang kau ni pun satu apasal tadi kau cakap aku dah kahwin?" . Marah Rafela Aulia .


"Amboiii....kau tu lagi teruk tau siap cakap aku ada anak pula tu iss malunya". Laila sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya.


"Tulah , next time jangan nak memandai kenakan orang ,kan dah terkena diri sendiri,ambek kau lain kali buat lagi yer cik Laila oiii ...". Rafela puas hati sebab dapat kerjakan Laila, nak kenakan dia konon tengok sekarang siapa yang kena . Padan muka tiada orang suka hahaha ! .


"Iss kau nie fe jahat benor tau , sejak bila kau jadi jahat gini ni fe ahhh? ". Tanya Laila .


"Sejak aku kenal kau ". Jawab Rafela Aulia selamba .


"Malaslah nak layan kau ni,menyampah aku tau hem " . Balas Laila .


"Sejak bila pula kau jadi pemalas ni Laila , bukan dulu kau ke yang rajin sangat layan aku sampai aku pun naik bosan dengan segala jiwang karatmu tu hem ? ". Rafela Aulia.


"Sejak aku kenal kau  " . Balas Laila balik .


"Amboi. . . ayat copypaster nampak ?" Sambung Rafela Aulia ketawa melihat wajah Laila yang selamba beruk itu,lucu ! .


"Ada aku kisah ". Kata Laila sambil menghirup air Horliks ais yang baru sahaja di berikan pelayan Restoran Mehhra Rossa kepadanya.


"Tak minta di kisah pun lah " . Balas Rafela Aulia yang sedang mengunyah makanan tengaharinya yang hampir-hampir selesai .


"Kalau iya pun, habiskan makanan yang kat dalam mulut tu dulu baru bercakap fe oii". Laila .


"Dah habis dah pun , oh ya Laila kau boleh tak tolong aku cari hotel ? ". Rafela Aulia .


"Tak boleh !". Laila .


"Iss teruknya punya kawan , tak mau kawanlah " . Rafa Aulia.


"Hahaha ...aku gurau jerlah , kau stay jer rumah aku". Ajak Laila .


"Rumah kau ? Boleh ke?". Rafela Aulia .


"Boleh belah! Iss kau ni bah kalau kau ". Laila bercakap ala-ala loghat Sabah . Selepas makan dan berborak panjang dengan Laila , Rafela mengekori kereta Laila dari belakang hendak ke rumah Laila katanya .









Chapter 3

Setahun kemudian . Semester akhir Rafela Aulia telah pun berakhir dengan jayanya dan kini dia berkerja di sebuah Syarikat ternama ...