Selasa, 26 Jun 2018

Chapter 5





"Lailaaa !!!aku gerak dululah ye ". Jerit Rafela Aulia pada Laila yang masih bersiap bagai permaisuri di dalam biliknya ,lama gila .


"Yaaa hati-hati ". Jerit Laila perhatian terhadap Rafela Aulia . Bagi Rafela Laila memang sahabat yang baik , selalu ambil berat tentang keselamatannya walau pun kadangkalah menjengkelkan .Namun, Rafela Aulia selesa bersahabat dengan Laila .Laila pun di tugaskan di Melaka sama seperti dirinya,mungkin itu yang dinamakan sahabat , sehati sejiwa ceh ! Kata Rafela Aulia dalam hati .







"Apasal jem pula nie ...aduhh jap lagi nak pukul 8 dah nie,pleaselah ". Rungut Rafela Aulia seorang diri .Tidak lama kemudian Iphone six miliknya berdering .




"Assalamualaikum kenapa jihan ?". Soal Rafela Aulia ." Oh ok , siapkan segala hal yang hendak kita bahaskan dalam meeting nanti,and one more again meeting hari ini lewat sikit ,sebab ni hah ! jalan jem , saya tak singgah pejabat tau saya terus jumpa klien kita, ok bye !" . Sambungnya lagi lalu telefon segera dimatikan dengan alasan keselamatan .



"Maaf cik , saya ternampak cik ni memandu sambil menjawab panggilan telefon,sila beri ic dan lesen ".Kata sala seorang anggota trafik yang membuat Rafela Aulia sedikit terkejut .



"Ouh , Ni encik ". Rafela Aulia terpaksa memberi ic dan lesennya kepada pihak berkuasa disebabkan kesalahan diri sendiri , alasan keselamatan konon top-top kena saman juga.



"Terima kasih cik atas kerjasamanya ". Kata Trafik itu sebelum berlalu .




"Ya , sama-sama , matilah... " . Jawab Rafela Aulia dengan suara agak perlahan .



"Ya cik ?". Soal Trafik itu.



"Hah? Takde apa encik , saya minta diri dulu assalamualaikum ". Jawab Rafela Aulia sambil tersenyum manis kepada trafik yang bernama Jalil itu jelas terpapar nama beliau yang tertera di baju sebelah kiri trafik tersebut . Kalau dah buat salah mulalah tayang gigi .


"Waalaikumsalam". Jawab trafik yang bernama Jalil itu sambil menggelengkan kepala beliau.





          Rafela Aulia akhirnya sampai ke destinasi yang ingin ditujuhinya tepat pada pukul 8 :30 pagi , namun tanpa di sengaja kereta Rafela Aulia hampir terlanggar seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari perut kereta mewah yang berjenama BMW .



"Encik,encik tak apa-apa , saya minta maaf saya tak sengaja , betul sumpah ! ". Kata Rafela Aulia cemas sambil memerhati lelaki itu dari hujung kaki hingga ke kepala untuk memastikan lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan .


"Nak bunuh orang ke apa?". Bentak lelaki itu . Rafela Aulia terkejut melihat reaksi lelaki itu .



"Yang awak ni nak betak-betak saya dah kenapa ? Masih hidupkan ? ". Balas Rafela Aulia pula tidak berpuas hati dengan  .



"Siapa yang sepatutnya marah siapa ni sekarang ni awak ke saya ? Muka je cantik tapi tak ada adap ! Tak reti drive ke ?". Bentak lelaki itu sekali lagi .



"Saya pula yang salah ? ".Tanya Rafela Aulia.



"So? Saya yang salah?". Soal lelaki tu semula .


" Saya tahulah saya salah. Tapi saya dah minta maaf kan tadi ?".



"Malas nak buang masa dengan perempuan macam awak ni ". Lelaki itu pergi tanpa menoleh kepada perempuan di sebelahnya itu . Rafela Aulia tercengang melihat reaksi lelaki itu.


"Kau ingat aku sukalah buang masa bertekak dengan kau ? Tak tau ke erti maaf?". Omel Rafela sendiri . 








     Sejurus Rafela Aulia mengambil tempat untuk membincangkan projeknya di Rez Per Cafe , tiba-tiba Rafela terlihat seorang lelaki yang tidak asing lagi baginya."buat apa mamat ni kat sini ? Ada appointment juga ke ?. Kata Rafela Aulia .







          Tengku Razfarhan bagaikan cacing kepanasan menunggu di Rez Per Cafe , menunggu dan menunggu klien dari Syarikat Bina Holdings Sdn Bhd , ikutkan hati memang dah lama dia berambus dari Rez Per Cafe itu , namun Tengku Razfarhan merasa bimbang kalau-kalau dia yang terlewat kerana masa yang di janjikan bersama Syarikat Bina Holdings telah pun berlalu iaitu pada jam 8 :00 am , Tengku Razfarhan hanya terlewat 30 minit . Tengku Razfarhan mencapai iphone 12 Pro berwarna gold miliknya lalu menghubungi Aini setiausahanya untuk menanyakan perihal klien Syarikat Bina holdings yang ingin dia temui tatkalah ini ,namun Aini hanya memberikan nombor telefon milik Rafela Aulia dengan alasan urusan lebih cepat dan mudah jika berurusan langsung dengan klien itu sendiri.


"Ok thanks ". Setelah Tengku Razfarhan menamatkan panggilan telefon , tanpa membuang masa Tengku Razfarhan pun menghubungi nombor telefon yang di berikan Aini kepadanya. Bab-bab bagi nombor ni memang Tengku Razfarkan tak suka , Privasi katanya , hanya keluarga dan rakannya sahaja yang boleh ada dalam senarai kenalannya . Tapi apa boleh buat ikutkan hati mati ikut rasa binasa terpaksa jugalah dia turutkan kata hatinya .





        Rafela Aulia melambaikan tangannya kepada pelayan di Res Per Cafe untuk memesan air horliks sejuk , namun telefon iphone six milik beliau terlebih dahulu berdering sebelum pelayan itu tiba . Dahi Rafela Aulia berkerut apabila melihat nombor telefon yang tertera di screen telefonnya .


"Assalamualaikum ?". Sudah menjadi kebiasaan Rafela Aulia apabila mendapat panggilan telefon salam terlebih dahulu di lontarkan sebelum meneruskan ayat seterusnya.
"Maaf encik , siapa yang tak tepati janji ni ,saya dari tadi tungguh encik haziq dekat Res Per Cafe tapi encik tak muncul-muncul ". Sambung Rafela Aulia lagi tenang . Dalam dia membuat panggilan telefon , sempat lagi dia memesan air horliks sejuknya sebab kesihan sangat tengok pelayan Rez Per Cafe berdiri bagaikan tiang kayu yang hanya tungguh masa untuk di tebang .




"Fine!if you have over here trying to stand up right now !". Tengku Razfarhan automatik berdiri apabila klien Syarikat Bina Holdings memintanya turut sama berdiri .




        Rafela Aulia terkejut beruk apabila mengetahui klien yang bernama Haziq itu adalah mamat biadap itu tadi .




"Awak lagi ?". Rafela Aulia bersuara terkejut .



"Awak ? ". Balas Tengku Razfarhan turut terkejut dengan keberadaan wanita yang baharu sahaja bertekak dengannya sebentar tadi  .



"Aikk... Saya tak sempat pun langgar awak tadi kan ? Cepatnya hilang ingatan ...?". Balas Rafela Aulia sinis .




"Dah,tak payah nak perli-perli saya , cepat kita discuss ,cepat kita habis ". Balas Tengku Razfarhan bersahaja .




"Ohhhh...terasa rupanya ok fine ". 




"Jemput minum cik , encik ". Kata pelayan itu ramah , pelayan itu turut menghantarkan air pesanan Tengku Razfarhan yang hanya berpindah meja itu sambil tersenyum faham .




"Ok terima kasih ". Balas Rafela Aulia sambil mencapai airnya .





"Macam mana ? Setuju tak? " . Soal Rafela Aulia kepada Tengku Razfarhan . Idea Rafela Aulia cukup bernas untuk di terima oleh otak Tengku Razfarhan tanpa ada sedikit komen pun . 



"Ok, not bad but saya nak ikhlan ni siap dalam masa yang terdekat ! ". Balas Tengku Razfarhan dengan suara perlahan tapi tegas .


"Saya akan usahakan encik haziq Jangan risau ". Jawab Rafela Aulia malas .


       
"Encik haziq ? ". Soal Tengku Razfarhan hairan.


" Aikk... tak kan nama sendiri pun lupa juga?". Perli Rafela Aulia. 
    


"Whatever lah . Semua dah selesai kan? Ada apa-apa lagi nak bincang cik apa ? Rafela ?". Tanya Tengku Razfarhan .



"Tak ada ". Jawab Rafela Aulia ringkas.



"Ok, Saya balik dulu ". Balas Tengku Razfarhan sambil mencapai telefon di atas meja . Meninggalkan Rafela Aulia sendiri di Res Per Cafe itu .




    Selain daripada Syarikat Bina Holdings , Syarikat Maju Jaya Holdings juga merupakan syarikat yang sangat di kaguminya kerana mempunyai pemimpin yang beribahwa seperti arwah Dato' Muzarif syah iaitu ayanda kepada Dato' Muzaffar syah . Tetapi sekarang Syarikat tersebut di ambil ahli oleh anak sulung Dato' Muzaffar Syah iaitu Tengku Razfarhan,kerana Dato' Muzaffar Syah sakit dan tidak dapat menguruskan Syarikat dengan baik , simpati mula menyelubungi diri Rafela Aulia tatkalah ini . Tengku Razfarhan ? Siapa Tengku Razfarhan tu ? Tak pernah nampak pun , persoalan ini membuatkan Rafela Aulia ingin tahu siapa sebenarnya Tengku Razfarhan itu , belum pernah-pernah pula dia dengar tentang Tengku Razfarhan dalam berita atau Metro .












"Jaz ! Jaz ! Hijjaz tungguh Kejap". Laungan Zana tidak dihiraukan oleh Hijjaz malas nak layan perempuan gedik seperti Zana yang tak serik-serik mengejarnya .




"You buat apa kat sini zana ?". Soal Hijjaz menoleh juga akhirnya , suara Zana terasa bingit di telinganya , pelik dengan kehadiran Zana di Melaka .



"Saja , jalan-jalan sebab lama tak datang Melaka kan ? " . Kata Zana memulakan rancangannya .



"Oooo... ". Balas Hijjaz .



"Jaz i minta maaf kalau i pernah buat salah dekat you , mesti you fikir i gedik kan , i cuma nak tunaikan permintaan arwah Taniya je ". Kata Zana tiba-tiba mengungkit kisah lama . Hijjaz mengajak Zana ke sebuah Restoran terdekat agar mereka berdua tidak seperti orang gila bercerita di pinggir jalan , sakit kaki berdiri bagai tiang kayu di pinggir Res Per Cafe itu .




"Permintaan ? Permintaan apa ? ". Soal Hijjaz usai mendudukkan buntutnya di atas kerusi di sebuah restoran yang bersebelahan dengan Res Per Cafe pagi itu .




"You tak ingat ke ? Yang Taniya nak kita bersatu ? ". Kata Zana dengan nada yang sedih .


" hemm , i tak ada apa-apa perasaan dengan you Zana , i perlukan masa untuk tunaikan permintaan arwah taniya , i masih cintakan dia dan i masih tak boleh lupakan dia , i hope you understand ". Kata Hijjaz turut merasa sedih dengan pemergian tunangnya Taniya .


"I faham jaz , i cuma takut , takut tak dapat tunaikan permintaan arwah taniya iaitu sahabat saya sendiri jaz ".Kata Zana dengan nada yang kecewa agar lakonannya terlihat nyata di depan Hijjaz .



"I know thats , i just need the time ". Kata Hijjaz .



"Need the time ? Dah tiga tahun jaz, tiga tahun arwah taniya tinggalkan kita , takkan selama tiga tahun tu tak cukup untuk you berfikir ? ". Zana mula rasa kecewa dengan Hijjaz kerana mengambil masa terlalu lama untuk berfikir . Zana memang mempunyai banyak muslihat namun semua muslihat itu berlaku hanya kerana Hijjaz . Rasa cinta dan sayangnya pada Hijjazlah punca kenapa dia sering melakukan perkara di luar jangkaan .



          Hijjaz hanya mendiamkan diri , dia sendiri tak pasti apa keputusan yang patut di ambil apakah dia harus memilih Zana hanya kerana permintaan Taniya arwah tunangnya ? atau memilih untuk menawan hati Shaqilah yang memiliki wajah iras Taniya ? Dia sendiripun masih mencari jawapan di setiap soalan yang membelenggu otaknya kini .


"Takpelah jaz , i faham , i minta diri dulu assalamualaikum ". Zana mengambil keputusan untuk pergi dari situ agar lakonannya terlihat lebih sempurna di mata Hijjaz.


"Waalaikumsalam". Jawab Hijjaz pelik dengan perangai Zana , adakah Zana telah berubah ? Ataukah semua itu hanya akal-akalnya sahaja? Tapi tak mungkin Zana melakukan semua itu hanya kerana dia , Hijjaz memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT andainya Zana telah berubah menjadi orang yang baik .




"Perfect ! ". Ucap Zana sambil tersenyum bangga setelah keluar dari Restoran yang tidak berapa nak mewah sangat . Tanpa di sengaja Zana terserempak dengan Rafela Aulia, Sekali lagi Zana terkejut dengan pertemuan kali kedua dengan Rafela Aulia, cuma tempat sahaja yang berlainan kali ini di Melaka . Zana segera berpura-pura seperti tidak mengenali Rafela . Rafela pun terlihat seperti tidak perasan dengan keberadaannya . Sejurus sahaja kereta Rafela Aulia jauh dari pandangan , Zana bergegas mendapatkan kereta dan pergi ketempat tujuannya .





          Kebimbangan Zana bertambah apabila bertemu dengan Rafela Aulia di tempat parking kereta tadi , mujurlah Hijjaz tidak turut sama beredar dari Restoran tersebut kalau tak ! . Hijjaz akan terserempak dan akhirnya mengenang wanita yang bernama Rafela Aulia itu lagi , sama keadaannya seperti satu tahun yang lalu , dan peluangnya untuk mendapatkan Hijjaz semakin nipis.










"Ok,good morning guys and I'm so sorry becouse our meeting so lated today ya ". Kata Rafela Aulia merasa dirinya tidak layak menjadi pemimpin kerana memberi contoh yang buruk kepada staf-stafnya dengan tidak menepati masa yang di janjikan.




"It's okey cik fela, kita orang faham , Right guys??". Balas Jihan dengan nada yang sedikit kuat agar dapat di dengari oleh staf-staf lain yang turut serta pada meeting pagi itu .



"Right !!" Jerit Aliza pula . Semua staf mengalihkan pandangan mereka kepada Aliza. Aliza menekup mulutnya dengan kedua tangannya . Malu ! Semua ketawa serentak .



"Dalam meeting hari ni saya nak Aliza dan Reymart tolong carikan model ikhlan yang terbaik yang sesuai untuk pengikhlanan kita nanti, Jihan dan Mimi saya nak korang berdua cari idea dan moment apa yang sesuai untuk ikhlan kita nanti , dan yang lain hanya perlu bersiap siaga jika Aliza , Reymart, Jihan dan Mimi perlukan bantuan. Setelah Rafela Aulia dan staf-staf puas berbahas hal ehwal pekerjaan antara satu sama lain,Rafela Aulia pun menamatkan meeting pagi itu tepat pada pukul 11 : 00am . Selain daripada Agensi pengikhlanan , Syarikat Bina Holdings juga membangunkan agensi penerbitan novel yang di kenali sebagai Karyasa Bina Holdings Sdn Bhd yang hanya terletak di bahagiaan Selangor dan di olah sendiri oleh Datin Maimunah iaitu isteri kepada Dato' Jazzali, di sebabkan Hijjaz tidak berminat dalam bidang pengikhlanan yang di bangunkan oleh Dato' Jazzali , Hijjaz mengambil keputusan untuk melanjutkan Syarikat mamanya iaitu Syarikat Karyasa Bina Holdings .






Chapter 3

Setahun kemudian . Semester akhir Rafela Aulia telah pun berakhir dengan jayanya dan kini dia berkerja di sebuah Syarikat ternama ...